Kena urus sendiri semuanya sebab suami tiada dan anak-anak kecil lagi. Saya sangat-sangat bersyukur kerana ibubapa mentua walaupun non muslim sanggup membantu saya. Ibubapa mentua saya banyak membantu saya dalam urusan anak-anak dan jua tak kala kami jatuh sakit. Suami saya menetap di Rawang kerana kerja di sana sebelum bertukar ke Johor. Suami saya cuma boleh hantar dan ambil saya dari Rawang ke Shah Alam sahaja. Datang dan balik ke Ipoh saya kena uruskan sendiri.
Dalam rasa gentar melalui pengalaman baru tersebut, saya merasa hikmahnya kerana ilmu yang disampaikan. Saya rasa saya perlukan lagi ilmu-ilmu sebegitu di masa-masa akan datang. Saya tak perlukan teman semasa berkursus tapi dengan ilmu saya rasa 'life'.. Terima kasih pada Siti Azha dan Cikgu Ayu kerana merekalah sumber saya mula-mula kenal ilmu pengasuhan. Terima kasih jua pada ibubapa mentua saya dan keluarga saya terutama suami saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat.

Sekian sahaja nukilan saya tentang pengalaman saya sertai program pengasuham. Tak hebat mana pun tapi saya rasa hebat atas ketentuan Allah.
Nukilan,
YONG LINDA
YONG LINDA