Sunday, November 1, 2015

Dunia Pengasuhan

Semasa mula ceburi bidang ini, saya ingatkan mengasuh anak orang sama macam anak sendiri. Beri apa yang kita makan dan minum. Tidak fikir berkenaan undang-undang, jadual aktiviti, jadual dan pemakanan yang seimbang yang menjadi hak nya. Asalkan jaga dengan elok dan terima upah habis cerita. Sebenarnya TIDAK SAMA dan ianya diluar pemahaman atau pemikiran sendiri.

Apabila ibubapa mula mengabaikan masa dan bayarannya, saya mula mencari arah dan penyelesaian terhadap pemasalahan ini. Saya terjumpa satu group pengasuhan di dalam laman sosial facebook yang diterajui oleh Siti Azha dan kumpulannya. Saya mula mengenal dan belajar sedikit demi sedikit dunia pengasuhan demi kebaikan. Penuh cabaran dan pengalaman baru.. Namun saya merasa bersyukur ke hadrat illahi dan gembira dengan ilmu, segala pengorbanan dan dugaan yang dihadapi.. 

Di sinilah bermulanya saya menyertai program-program pengasuhan, antaranya ialah ;

- Kursus Penyediaan Buku Panduan Ibubapa Taska Rumah (7.1.2015)

- Bengkel Garis Panduan (Prosedur Operasi Standard (SOP) Taska Institusi & Taska Rumah (1.2.2015)

- Bengkel Utamakan Keselamatan Dalam Asuhan Bayi & Kanak2 Kecil 0-2tahun (28.3.2015)

- Kursus Asuhan Permata Taska Rumah / KAPTR (5/9-20/9/2015)

- Program Jom Daftar Dan Kempen Keselamatan Kanak2 Di Taska & Pusat Jagaan (17.10.2015)

- Bengkel Penyediaan Peraturan Taska Di Rumah (8.11.2015)

- Bengkel Buku Panduan Taska Rumah (28.2.2016)

- Kursus Asuhan Kanak2 Komuniti Wilayah
Persekutuan (KAWIP) 'We Care We Share' Siri 1 (23-24.4.2016)

- Kursus Asuhan Kanak2 Komuniti Wilayah Persekutuan (KAWIP) 'We Care We Share' Siri 2 (21-22.5.2016)

- Kursus Asuhan Permata / KAP (30 Jul-27 Okt 2016)

- Kursus Pengendalian Makanan (15.10.2016)

- Kursus Muzik Pergerakan Kreatif dan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (13-15.7.2018)

- (dalam perancangan)

No comments:

Post a Comment