Manusia yang hebat adalah orang yang tidak riak dengan apa yang ada pada dirinya. Jangan guna kuasa, pangkat, darjat dan pendidikan untuk memperlekehkan orang lain. Saya pegang kata-kata ini agar tidak membezakan kuasa, pangkat, darjat dan pendidikan pada sesiapa pun. Saya cuma seorang hamba Allah, seorang isteri dan ibu kepada 5 orang cahaya mata.
Itu pendirian saya tapi tak semua orang begitu rupanya. Berada dalam zon selamat daripada anasir luar, saya rasa sangat terkesima dengan situasi manusia mendabik dada atas segala yang ada padanya. Bukan saya baik sangat tetapi Allah beri secebis hati agar tidak bongkak, bertindak biadap atau kejam sesama insani.
Saya sedar tahap pendidikan dan diri saya di mana. Saya tidak pernah menyesal dan tidak malu akannya. Ini rezeki saya.. Allah berikan pada saya jadi kenapa orang lain perlu sangkalkan rezeki dan ketentuannya. Jangan hina orang, bimbang kelak balik pada ahli keluarga sendiri terutama pada anak sendiri.
Blog saya luahan saya dan bahan bacaan saya supaya saya dapat mengingati nukilan-nukilan saya sendiri untuk renungan sendiri.
Nukilan,
YONG LINDA
Tuesday, September 20, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Apa itu Uppercase, Lowercase character? Apa itu Uppercase, Lowercase character? Seringkali kita menjumpai uppercase lowercase apabila me...
-
Semasa mula ceburi bidang ini, saya ingatkan mengasuh anak orang sama macam anak sendiri. Beri apa yang kita makan dan minum. Tidak fikir be...
-
Mengapa saya jadi admin pengasuh..?! Bukan untuk populariti tetapi lebih kepada amal untuk membentuk dan memberi panduan serta galakan pad...