Manusia yang hebat adalah orang yang tidak riak dengan apa yang ada pada dirinya. Jangan guna kuasa, pangkat, darjat dan pendidikan untuk memperlekehkan orang lain. Saya pegang kata-kata ini agar tidak membezakan kuasa, pangkat, darjat dan pendidikan pada sesiapa pun. Saya cuma seorang hamba Allah, seorang isteri dan ibu kepada 5 orang cahaya mata.
Itu pendirian saya tapi tak semua orang begitu rupanya. Berada dalam zon selamat daripada anasir luar, saya rasa sangat terkesima dengan situasi manusia mendabik dada atas segala yang ada padanya. Bukan saya baik sangat tetapi Allah beri secebis hati agar tidak bongkak, bertindak biadap atau kejam sesama insani.
Saya sedar tahap pendidikan dan diri saya di mana. Saya tidak pernah menyesal dan tidak malu akannya. Ini rezeki saya.. Allah berikan pada saya jadi kenapa orang lain perlu sangkalkan rezeki dan ketentuannya. Jangan hina orang, bimbang kelak balik pada ahli keluarga sendiri terutama pada anak sendiri.
Blog saya luahan saya dan bahan bacaan saya supaya saya dapat mengingati nukilan-nukilan saya sendiri untuk renungan sendiri.
Nukilan,
YONG LINDA
Yong Linda
Sekadar nukilan untuk bahan bacaan sendiri.
Tuesday, September 20, 2016
Friday, January 22, 2016
Pengalaman Sertai Program Pengasuhan
Tidak kisah pandangan orang terhadap dunia pengasuhan tapi saya sudah terjebak dalam bidang ini merasa tekad dan perlu keluar menimba ilmu. Saya cari info program pengasuhan di Ipoh tetapi tiada jadi saya terpaksa keluar daripada Ipoh. Saya mula-mula mengambil program Penyediaan Buku Panduan IbubapaTaska Rumah pada 7.1.2015 di Shah Alam. Saya tidak pernah naik ETS ke Rawang jadi ia merupakan cabaran buat saya. Macam rusa masuk kampung dengan pengalaman baru berkenaan. Cuak..seram sejuk.. terpinga-pinga segala rasa ada.. (mungkin sel-sel otak tak berfungsi dengan baik..hikhikhik..)
Sekian sahaja nukilan saya tentang pengalaman saya sertai program pengasuham. Tak hebat mana pun tapi saya rasa hebat atas ketentuan Allah.
Kena urus sendiri semuanya sebab suami tiada dan anak-anak kecil lagi. Saya sangat-sangat bersyukur kerana ibubapa mentua walaupun non muslim sanggup membantu saya. Ibubapa mentua saya banyak membantu saya dalam urusan anak-anak dan jua tak kala kami jatuh sakit. Suami saya menetap di Rawang kerana kerja di sana sebelum bertukar ke Johor. Suami saya cuma boleh hantar dan ambil saya dari Rawang ke Shah Alam sahaja. Datang dan balik ke Ipoh saya kena uruskan sendiri.
Dalam rasa gentar melalui pengalaman baru tersebut, saya merasa hikmahnya kerana ilmu yang disampaikan. Saya rasa saya perlukan lagi ilmu-ilmu sebegitu di masa-masa akan datang. Saya tak perlukan teman semasa berkursus tapi dengan ilmu saya rasa 'life'.. Terima kasih pada Siti Azha dan Cikgu Ayu kerana merekalah sumber saya mula-mula kenal ilmu pengasuhan. Terima kasih jua pada ibubapa mentua saya dan keluarga saya terutama suami saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat.
Dalam rasa gentar melalui pengalaman baru tersebut, saya merasa hikmahnya kerana ilmu yang disampaikan. Saya rasa saya perlukan lagi ilmu-ilmu sebegitu di masa-masa akan datang. Saya tak perlukan teman semasa berkursus tapi dengan ilmu saya rasa 'life'.. Terima kasih pada Siti Azha dan Cikgu Ayu kerana merekalah sumber saya mula-mula kenal ilmu pengasuhan. Terima kasih jua pada ibubapa mentua saya dan keluarga saya terutama suami saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat.
Sekian sahaja nukilan saya tentang pengalaman saya sertai program pengasuham. Tak hebat mana pun tapi saya rasa hebat atas ketentuan Allah.
Nukilan,
YONG LINDA
YONG LINDA
Tuesday, December 1, 2015
Admin Pengasuh
Mengapa saya jadi admin pengasuh..?!
Bukan untuk populariti tetapi lebih kepada amal untuk membentuk dan memberi panduan serta galakan pada rakan-rakan pengasuh terutama yang tidak dapat menimba ilmu kerana keadaan tidak mengizinkannya. Khidmat nasihat diberikan walaupun bukan pakar bertauliah namun selaku admin, kita perlu bersama mereka sekiranya mempunyai pemasalahan yang tidak melibatkan kes berat. Jika terlibat dengan kes berat, hanya pihak berkuasa sahaja yang akan mengguruskannya. Hanya boleh beri panduan dan dorongan pada rakan-rakan dalam hal tertentu sahaja tidak termasuk bab yuran. Yuran hak pengasuh sendiri untuk tentukannya.
Bukan mudah untuk menjadi admin. Suka atau tidak dari rakan-rakan pengasuh, bukan ukurannya tetapi segala panduan dan nasihat yang disampaikan perlu mengikut landasan yang betul daripada apa yang dipelajari mahupun dialami. Terima atau tidak terserah pada diri masing-masing kerana tanggungjawap sudah tergalas tanpa minta balasan dan dimusuhi oleh sesiapapun.
Berkongsi ilmu dan pandangan merupakan satu kepuasan dalam jihad pengasuhan. Pengasuh rumah merupakan ibu ke dua pada anak-anak yang dijaganya. Tidak kira apa panggilan anak asuh padanya tetapi pengasuh ini perlu dididik supaya anak asuhnya terdidik. Didikan bermula dari rumah.. Pengasuh juga perlu tahu hak anak-anak yang dijaganya dan prosedur yang ditetapkan ke atas nya. Itu sebahagian daripada peranan admin.
Tugasan ini hanyalah sementara, selagi saya rasa saya perlu ada di sini sahaja. Tiba masa saya akan pergi jua jadi tidak perlu risau saya akan ada di persada ini sampai bongkok tiga. Segala suka duka akan saya simpan dalam lipatan hati saya. Maaf dipohon andaikata tutur kata dan tingkah laku saya selama tidak selari dengan kemahuan anda.
Sekian sahaja nukilan saya.

Sunday, November 1, 2015
Dunia Pengasuhan
Semasa mula ceburi bidang ini, saya ingatkan mengasuh anak orang sama macam anak sendiri. Beri apa yang kita makan dan minum. Tidak fikir berkenaan undang-undang, jadual aktiviti, jadual dan pemakanan yang seimbang yang menjadi hak nya. Asalkan jaga dengan elok dan terima upah habis cerita. Sebenarnya TIDAK SAMA dan ianya diluar pemahaman atau pemikiran sendiri.
Apabila ibubapa mula mengabaikan masa dan bayarannya, saya mula mencari arah dan penyelesaian terhadap pemasalahan ini. Saya terjumpa satu group pengasuhan di dalam laman sosial facebook yang diterajui oleh Siti Azha dan kumpulannya. Saya mula mengenal dan belajar sedikit demi sedikit dunia pengasuhan demi kebaikan. Penuh cabaran dan pengalaman baru.. Namun saya merasa bersyukur ke hadrat illahi dan gembira dengan ilmu, segala pengorbanan dan dugaan yang dihadapi..
- Kursus Penyediaan Buku Panduan Ibubapa Taska Rumah (7.1.2015)
- Bengkel Garis Panduan (Prosedur Operasi Standard (SOP) Taska Institusi & Taska Rumah (1.2.2015)
- Bengkel Utamakan Keselamatan Dalam Asuhan Bayi & Kanak2 Kecil 0-2tahun (28.3.2015)
- Kursus Asuhan Permata Taska Rumah / KAPTR (5/9-20/9/2015)
- Program Jom Daftar Dan Kempen Keselamatan Kanak2 Di Taska & Pusat Jagaan (17.10.2015)
- Bengkel Penyediaan Peraturan Taska Di Rumah (8.11.2015)
- Bengkel Buku Panduan Taska Rumah (28.2.2016)
- Kursus Asuhan Kanak2 Komuniti Wilayah
Persekutuan (KAWIP) 'We Care We Share' Siri 1 (23-24.4.2016)
- Kursus Asuhan Kanak2 Komuniti Wilayah Persekutuan (KAWIP) 'We Care We Share' Siri 2 (21-22.5.2016)
- Kursus Asuhan Permata / KAP (30 Jul-27 Okt 2016)
- Kursus Pengendalian Makanan (15.10.2016)
- Kursus Muzik Pergerakan Kreatif dan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (13-15.7.2018)
- (dalam perancangan)

Di sinilah bermulanya saya menyertai program-program pengasuhan, antaranya ialah ;

Monday, August 3, 2015
Apa itu Uppercase, Lowercase character?
Apa itu Uppercase, Lowercase character?
![]() |
Uppercase & Lowercase letter |
![]() |
Pendaftaran dalam laman sesawang |
Uppercase ertinya adalah huruf besar. Seperti "A", "B", "C", dll. Sedangkan lowercase adalah huruf kecil seperti "a","b","c",dll. Namun character seperti !,@,#,$ itu juga merupakan uppercase dan ianya hanya boleh digunakan dalam sesuatu pendaftaran yang membenarkan penggunaannya. Semua character keyboard yang menggunakan shift setiap kali kita mengetikkan huruf tersebut ianya merupakan sebuah character uppercase. Sedangkan yang tidak, merupakan character lowercase.
Selamat membaca.. Semoga ianya memberi manfaat pada anda jua..💖
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Apa itu Uppercase, Lowercase character? Apa itu Uppercase, Lowercase character? Seringkali kita menjumpai uppercase lowercase apabila me...
-
Semasa mula ceburi bidang ini, saya ingatkan mengasuh anak orang sama macam anak sendiri. Beri apa yang kita makan dan minum. Tidak fikir be...
-
Mengapa saya jadi admin pengasuh..?! Bukan untuk populariti tetapi lebih kepada amal untuk membentuk dan memberi panduan serta galakan pad...