Tuesday, December 1, 2015

Admin Pengasuh

Mengapa saya jadi admin pengasuh..?!

Bukan untuk populariti tetapi lebih kepada amal untuk membentuk dan memberi panduan serta galakan pada rakan-rakan pengasuh terutama yang tidak dapat menimba ilmu kerana keadaan tidak mengizinkannya. Khidmat nasihat diberikan walaupun bukan pakar bertauliah namun selaku admin, kita perlu bersama mereka sekiranya mempunyai pemasalahan yang tidak melibatkan kes berat. Jika terlibat dengan kes berat, hanya pihak berkuasa sahaja yang akan mengguruskannya. Hanya boleh beri panduan dan dorongan pada rakan-rakan dalam hal tertentu sahaja tidak termasuk bab yuran. Yuran hak pengasuh sendiri untuk tentukannya.

Bukan mudah untuk menjadi admin. Suka atau tidak dari rakan-rakan pengasuh, bukan ukurannya tetapi segala panduan dan nasihat yang disampaikan perlu mengikut landasan yang betul daripada apa yang dipelajari mahupun dialami. Terima atau tidak terserah pada diri masing-masing kerana tanggungjawap sudah tergalas tanpa minta balasan dan dimusuhi oleh sesiapapun.

Berkongsi ilmu dan pandangan merupakan satu kepuasan dalam jihad pengasuhan. Pengasuh rumah merupakan ibu ke dua pada anak-anak yang dijaganya. Tidak kira apa panggilan anak asuh padanya tetapi pengasuh ini perlu dididik supaya anak asuhnya terdidik. Didikan bermula dari rumah.. Pengasuh juga perlu tahu hak anak-anak yang dijaganya dan prosedur yang ditetapkan ke atas nya. Itu sebahagian daripada peranan admin.

Tugasan ini hanyalah sementara, selagi saya rasa saya perlu ada di sini sahaja. Tiba masa saya akan pergi jua jadi tidak perlu risau saya akan ada di persada ini sampai bongkok tiga. Segala suka duka akan saya simpan dalam lipatan hati saya. Maaf dipohon andaikata tutur kata dan tingkah laku saya selama tidak selari dengan kemahuan anda.

Sekian sahaja nukilan saya.

YONG LINDA


No comments:

Post a Comment